Saturday, March 3, 2018

Perjalanan Umrah Ziarah 2018

Assalamualaikum kawan²,

Kali ini Cik Lee nak kongsikan pengalaman CL ke rumah Allah. Perancangan sebenar CL nak ke sana dijangka tahun 2015 dua tahun selepas mak dan abah pulang dari mengerjakan haji. Namun tertangguh sehingga 2018 sebab 2016 CL mengalami kecederaan lutut yang serius. Abah CL juga mengalami sakit saraf belakang lutut. Jadi agak sukar untuk kami menjalani ibadah jika solat kat kerusi. Kemudian tahun 2017 pula CL disahkan hyperthyroid.

Baru² ini CL nak ke Yogyakarta juga tifal terlaksana akibat dari PTPTN. Jadi sebelum bergerak jalan kena pastikan nama clear di imegresen. Alhamdulillah terlaksana akibat dari pemotongan gaji.

Perjalanan ke Turki (kalau orang Turki sebut Turkiye) dari Kuala Lumpur jam 1 pagi waktu Malaysia melalui KLIA. Sepatutnya pada hari nak pergi tu nak relax namun kami menerima tetamu non stop sejak pagi sampai nak bergerak ke airport KLIA. Penat memang penat. Layan tetamu dan nak bergerak.

Kami ke sana dengan 7 orang kaum keluarga. Ramai memang ramai. Tapi macam² ragam. Kami memilih tarikh 30 Jan bertolak ke Turki dan pulang pada 13 Feb 2018.

Keputusan ini dipilih secara emergency kerana memikirkan awal tahun dan cuti masih banyak. Jadi bermulalah 2017 kami survey. Mista Abah yang ke MATA Fair 2017 di PWTC. CL dan mak malas nak pergi. Penatlah. Pergi tahun 2016 pun dahla ramai. Nak tengok pun susah. Tapi CL memang dah survey syarikat Andalusia. Paling memuaskan hati dan all-in.

Pada akhir bulan 9 xsilap MATA Fair 2017 di adakan di Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan mengukuhkan lagi pemilihan kami agensi Andalusia.

Kami membuat pembayaran penuh pada awal bulan Oktober 2017 dan hanya abah dan adik sepupu sahaja bayar separuh. Namun pembayaran langsai pada awal tahun 2018.

CL hanya sempat berkursus 3x sepanjang  tempoh sebelum bertolak. Kesibukan dan  pelbagai kenduri menyebabkan hampir setiap minggu penuh aktiviti.

CL buat persiapan ringkas sahaja memandangkan kos dan gaji hanya terpakai 2 bulan sebelum bertolak. Kami membuat persediaan suntikan dengan bayaran RM150 dan gambar untuk visa RM10.

Nasib baik masa nak pergi Pak Jib kasi cuti 7 hari tanpa rekod. Semua ni luar jangka dan dapar bonus RM1000. Dapatlah buat tambah² duit. Almaklum duit Turkiye Lira kebanyakan mahal dipasaran. Dan mak CL pula untuk duit Saudi Riyal. Kongsi berdua perbelanjaan kami.

Rezeki luar jangka. Lagipun tarikh tu memang cantik. Cuti banyak Thaipusam + Hari Wilayah + Tahun Baru Cina. Sakan cuti 3 minggu woo...😂😂😂

See you next chapter. 😘

XoXo,
Cik Lee

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa