Assalamualaikum,
Hari ini TV2 menyiarkan cerita P. Ramlee bertajuk "Antara Dua Darjat"
Scene yang membuatkan hati geram adalah dimana semasa Cikgu Piano aka Ghazali (P.Ramlee) ingin berjumpa dengan Tengku Zaleha ( Sarimah) waktu malam.
Ini adalah senario percintaan yang sering ada dipaparkan di alam nyata dimana sang kekasih lelaki menuntut pertemuan malam hari sedangkan siangnya baru berjumpa. Istilah inggeris 'dating'
Kebanyakan pasangan lelaki sangat kurang rasional dalam bercinta. Menuntut sesuatu yang memberi efek kepada perhubungan. Umumnya anak gadis sentiasa di kawal ketat oleh ahli keluarga terutamanya si ayah.
Namun berjumpa sekejap di siang hari tidak memberi kepuasan kepada sang kekasih yang ingin bertemu di malam hari juga. Lelaki seharusnya memahami, melindungi dan menjaga kehormatan wanita yang disayanginya. Ini amat sukar kepada lelaki yang sedang angau. Hilang angaunya maka timbullah pula jemunya.
Akibat dari perjumpaan malam antara Ghazali dan Tengku Zaleha menyebabkan kemarahan keluarga. Tengku Zaleha di bawa keluar ke tempat asal iaitu ke Singapura kerana keluarga berasa malu dan terhina. Kesan dari peristiwa itu lebih banyak masalah keluarga menimpa dan mengakibatkan keluarga si gadis iaitu Engku Zaleha menjadi porak poranda.
Lihat sahaja akibatnya. Abang Tengku Zaleha di penjara kerana membunuh ibu tirinya iaitu bonda Tengku Zaleha. Ayahandanya menjadi gila kerana kematian isterinya iaitu ibu Tengku Zaleha. Inilah akibat kerana terlalu mengikut perasaan dan hawa nafsu.
Jadi kesimpulan pada cerita ini, ingin bercinta biarlah berpada². Jangan terlalu mengikut nafsu dan memburukkan keadaan. Hormatilah keluarga si gadis. Hormatilah maruah nya dan keluarganya.
Akibatnya sangat buruk. Cintalah berpada². Lagi² kalau ingin menyunting sebagai isteri yang sah.
XoXo,
Cik Lee
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa