Sunday, September 17, 2017

Punca Anak Terabai

Assalamualaikum,

Sejak² ini terlalu banyak kes melibatkan salah laku remaja semakin liar dan menjadi². Ramai menyalahkan faktor ekonomi sebagai salah satu punca kepincangan keluarga pada zaman kini. Adakah ia benar?

Adakah selama ini kebahagiaan keluarga terletak kepada kekukuhan ekonomi keluarga semata²? Mari kita kupas adakah ia menjadi faktor utama.

1. Kerja lebih masa.

Ramai antara ketua keluarga terpaksa kerja lebih masa demi kekukuhan ekonomi pada yang berpendapatan kecil. Yang berpendapatan besar kebanyakan masa dihabiskan dengan menghadiri mesyuarat hampir setiap hari tanpa mengira masa.

Sebenarnya kerja lebih masa punca utama anda tidak menghargai masa anda bersama keluarga dan anak². Kerja² yang tidak bersistematik dan tersusun menyebabkan anda terpaksa bekerja lebih masa. Sikap yang suka bertangguh juga menyebabkan kerja anda semakin banyak dan mengurangkan fokus anda pada kerja.

Sebenarnya pengurusan masa yang lemah menyebabkan anda tidak dapat rehat secukupnya. Itu belum lagi anda lebihkan masa pada media sosial. Ini memburukkan lagi pengurusan masa anda yang terhad di rumah. Pengurusan masa lemah ini tanda² pengabaian pada keluarga pada tahap serius.

2. Mementingkan material.

Ada anak² di manjakan dengan material. Ini dapat mengalihkan perhatian anak dari mengganggu anda. Lambakan material anda menjerat diri anda menyebabkan anda terpaksa bekerja lebih masa demi memenuhi keperluan material keluarga.

Material ini tidak hanya memanjakan anak melampau². Ia juga mengganggu kewangan anda menjadi semakin serius. Anda lebih sanggup memberi keperluan material dari berbual dengan anak. Masa anda lebih kepada melayari internet dan media sosial.

Masa anda luangkan juga lebih kepada melayari internet dan media sosial.

3. Pengurusan kewangan yang lemah.

Ini adalah salah satu anda terjebak kepada hamba kerja dan hamba duit untuk memenuhi keperluan material yang menjadi².

Pada anda dengan bekerja lebih masa dapat memenuhi keperluan anda sebaliknya ia membunuh masa anda bersama keluarga terutama anak² dan ibu bapa.

Rancang kawangan anda. Perancangan yang baik dapat mengelakkan anda kerap melakukan kerja lebih masa.

4. Mengabaikan tanggungjawab.

Ibu bapa zaman kini terlalu ambil mudah dengan masa dan tanggungjawab mereka bersama keluarga.

Kemodenan mereka, lebih banyak mengupload di media sosial dari benar² menghabiskan masa bersama anak. Setiap peringkat umur anak² memerlukan pemerhatian yang unik dan berbeza. Bagikan masa terbaik anda untuk memastikan setiap anak² mendapat perhatian yang sama.

Selalunya kanak² berumur 6 tahun ke bawah amat suka bertanya. Berleter kerana mereka ingin tahu. Pada masa ini agak renyah melayan kerenah mereka. Jika bayi perhatian berbeza berbanding kanak² berusia 3 tahun ke atas. Umur kanak² 2 tahun merek sukakan pelukan dan ciuman. Perhatian terhadap mereka luar biasa. Jadi banyakkan bersabar kerana kerenah anak² kecil seusia ini amat suka bermanja, merengek, kerana itu cara mereka berkomunikasi. Mereka juga perlu di layan berbual dengan bahasa betul agar mereka cepat bercakap dan mudahkan berkomunikasi.

Anak² berusia 3 tahun ke atas mereka suka sangat bermain sehingga gemar tidur lewat. Ketika ini ibu bapa mula mengajar disiplin ringkas. Jadual yang berkesan. Ada waktu tidur, makan dan bermain. Disiplin yang baik memudahkan anda mengurus mereka pada waktu hari bekerja dan hari cuti supaya perhatian terhadap mereka tidak berbelah bahagi.

Berbeza pula anak yang telah mula bersekolah. Jadual mereka jauh lebih padat dari jadual anda bekerja. Mereka jarang waktu senggang untuk bermain pada hari persekolahan dan kesibukan mereka membuatkan mereka mudah letih dan gemar bersepah². Pastikan jika anda pulang awal di waktu petang. Sementara anda menyediakan minuman petang dan makan malam pastikan pakaian anak² telah letak ke dalam bakul yang sepatutnya. Maka sambil² itu dapat anda membasuh guna mesin otomatik. Pada waktu malam setelah solat isyak dan makan malam. Bantu mereka menyelesaikan kerja sekolah supaya dapat di siapkan segera dan anak² dapat tidur lebih awal dari sepatutnya. Pastikan kelengkapan sekolah dan pakaian ke sekolah telah siap sedia untuk keesokan harinya. Dikala ini juga pembelanjaran moral, asas bersopan santun, disiplin, peraturan, cara memilih rakan dan cara menghormati orang lain.

Anak² remaja perlukan teman. Ini kerana mereka lebih percayakan teman dari ibu bapa. Didikan awal dapat membantu anak² memilih rakan yang baik dan dapat mengelakkan mereka tersalah memilih kawan. Seringlah berbual dan terapkan kata² positif pada anak² supaya mereka pecayakan anda. Di kala ini cabaran anak memberontak sangat memeningkan kepala anda. Sukar menangani jika skill keibubapaan anda tumpul. Sentiasa gali ilmu keibubapaan untuk memudahkan anda menangani hal ehwal remaja. Di kala ini ketegasan bukan lagi pokok utama namun dalam membentuk disiplin dan jati diri anak, elemen ketegasan perlu ada. Ini adalah untuk persediaan mereka menghadapi dunia luar lingkungan anda. Mereka telah mula akan menjejakkan kaki ke menara gading. Jadi ilmu yang kukuh memudahkan mereka menjadi kuat di luar nanti dan tidak mudah terpengaruh.

5. Tidak menerapkan elemen keagamaan.

Benteng agama yang lemah boleh membuatkan keluarga menjadi lemah. Kepincangan agama boleh memudaratkan institusi keluarga itu sendiri.

Kebanyakan keluarga tidak menerapkan elemen solat berjemaah. Sekurang² satu waktu kalau dapat berjemaah secara tidak lansung dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga yang ada. Hari² dapat bermaafan. Jadi hidup pun lebih positif.

Pentingnya elemen keluarga ini secara tidak lansung benteng segala permasalahan remaja yang ada. Lemahnya benteng maka mudah anasir² luar menyerap masuk.

Bila keagamaan menjadi pokok pangkal dalam urusan kekeluargaan maka hubungan erat dapat terjalin dan keluarga akan lebih harmoni.

XoXo,
Cik Lee
Bsc Human Development

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa