Assalamualaikum (*^▽^*),
Kali ini CL akan kongsikan pula tips untuk mengelakkan politik pejabat. Sebenarnya di mana² pun juga ada politik pejabat yang boleh menjerat sesiapa juga. Elakkan anda terjerat dan menjeratkan diri dalam politik pejabat.
1. Jangan ceritakan hal peribadi kepada orang lain.
Jangan jadikan hal peribadi anda sebagai topik perbualan harian. Jangan menjadikan apa yang ada alami sebagai contoh. Jangan sesekali mencampur adukkan antara peribadi dengan kerja anda. Bila anda mula menjaja cerita peribadi menyebabkan anda menjerat diri anda pada politik pejabat. Ingat hal peribadi jadikan peribadi. Bukan semua suka dengan cerita peribadi kita. Sekiranya cerita kita indah² AWAS❗Ada yang iri hati. Kita tidak tahu apa yang ada di benak orang lain.
2. Bergaul secara umum dengan semua orang.
Jangan kita nampak diri kita baik dengan satu pihak. Jika kita termasuk dalam kelompok berpuak² ini sangat bahaya. Kelompok berpuak² ini menjadikan suasana pejabat kurang mesra dan tidak harmoni. Bila anda menjerat dengan berpuak² anda telah hilang ramai rakan² baru yang ingin mendekati anda. Rugi bukan? Sapa tahu kawan itu adalah kawan baik kita nanti?
3. Jauhi Gosip
Bila anda mendengar orang telah mula berbaur² gosip sebolehnya elakkan diri. Anda akan di pandang serong oleh si penggosip jika tembelangnya pecah. Malah anda pula di katakan penyebab sedangkan mereka masih berbaik dan bertegur sapa. Sudahnya anda jadi mangsa.
4. Berbual topik yang umum.
Adalah lebih elok berbual soal topik yang lebih umum. Ada 1001 macam topik umum yang ada boleh bualkan. Ia tergantung kepada dengan sapa anda berbual. Tidak salah cari topik mengikut minat masing².
5. Elakkan jadi penyampai.
Jangan bangga jika bos menyatakan anda adalah mata² dia di pejabat. Anda telah menjerat diri anda samada dengan bos anda ataupun rakan² sepejabat anda. Sekiranya rahsia terbongkar sudah pasti ianya menjadikan anda mangsa keadaan. Jangan jadi penyibuk. AWAS❗
6. Berwaspada dengan mereka yang baik dengan tiba².
Hati² dalam memilih teman dan berbaik dengan sesiapa. Walaupun kita belum pasti niatnya namun harus berhati². Zaman sekarang atau dulu sekalipun jika terlebih baik dan lurus akhirnya akan memakan diri. Ambil langkah selamat. Ibarat "siang pandang² malam dengar²".
7. Tahu dengan siapa anda rapat. Kenali batas anda.
Anda seharusnya lebih mengetahui dengan siapa anda rapat dan apa yang anda ceritakan. Dalam politik pejabat kita berdepan dengan pelbagai ragam orang. Hari ini baik, esok lusa tak bertegur sapa. Jadi sebaik mana pun anda tahu akan batas anda. Mungkin adakala lepas laku, terlepas cakap. Namun, anda harus ingat apa yang anda perkatakan dan dengan siapa. Jangan kongsi dengan orang lain perkara yang sama. Ini adalah untuk menguji kepercayaan teman anda sejauh mana mereka menyimpan rahsia.
XoXo,
Cik Lee
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa