Assalamualaikum (^_^),
Hari ini CL nak share mengenai sikap dan mentaliti seorang pegawai yang bergelar bos.
Kali ini bukan memburukkan tapi kajian sikap. Memang apa yang dilihat sangat menyedihkan sikap dan mentaliti mereka yang bergelar bos² ini. Mis ini memberi tanggapan buruk. Ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi berdepan dengan beberapa pegawai² atasan yang merasakan mereka adalah "kesayangan" organisasi.
Pengalaman pertama ialah bila seorang pegawai ini suka memalukan staff dengan meninggikan suara depan umum. Memalukan staff bawahan bukan hak seorang pegawai. Setinggi manapun jawatan anda, memalukan staff bawahan adalah salah sama sekali. Anda bukan perfect person. Anda masih dalam lingkungan melakukan kesalahan² walaupun kecil. Jadi tidak wajar anda memarahi dan menjerkah staff bawahan untuk menunjukkan kuasa dan inginkan respect. Respect tidak datang dengan ciptaan tapi akan datang dengan natural bila anda menghormati orang lain. Jangan ingat jawatan bawahan sahaja boleh di tukar ganti. Anda sebagai orang atasan juga boleh di tukar ganti. Jangan berfikir organisasi tidak mampu bergerak tanpa anda sebagai orang atasan.
Pengalaman kedua, menghormati pandangan orang lain terutama staff bawahan. Bila anda sebagai orang atasan mengemukakan cadangan meminta pandangan orang lain. Samada anda suka atau tidak anda kena menghormati pandangan orang lain. Jangan sesudah staff bawahan memberi pandangan anda menganggap remeh dan memandang sinis seolah pandangan mereka adalah bodoh dan tidak menepati kriteria. Lucu, anda sendiri tak mampu memikirkan pandangan bernas tetapi anda sendiri menafikan padangan orang lain. Biasanya pengalaman di berikan berdasarkan apa mereka lakukan seharian dan cara² mempercepatkan proses kerja sekiranya lambakan kerja tetapi memerlukan pemprosesan segera. Tetapi jika anda sendiri tiada inisiatif jadi jangan memperlekeh inisiatif orang lain. Penghargaan terhadap idea dan pandangan sebenarnya memberikan semangat dan motivasi kepada pegawai bawahan untuk terus bekerja dengan lebih bersemangat.
Pengalaman ketiga, terlalu mencampuri peribadi staff bawahan. Ada antara sesetengah pegawai terlalu suka mencampuri peribadi staff. Terlalu suka memperlekeh peribadi orang lain. Tidak kira soal perkahwinan, persahabatan, gaya,pemakaian, dan apa jua yang staff bawahan tidak berminat untuk berkongsi dengan pegawai atasan. Peribadi adalah hak setiap orang. Walaupun bergelar pegawai, itu bukan lesen untuk mencampuri peribadi orang lain.
Pengalaman keempat, terlalu fanatik. Pegawai yang terlalu fanatik staff bawahan membuatkan orang tidak selesa bekerja apatah lagi bekerjasama. Pegawai yang sentiasa memerhatikan gerak geri, sentiasa ingin memantau seolah tiada pegawai lain yang ingin di pantau. Mengintip peribadi staff bawahan di laman sosial. Pegawai sebegini seolah obses dengam staff bawahan sehingga menimbulkan suasana tidak harmoni dan less respect. Ada sesetengah pegawai terlampau mencampuri urusan. Mengintip dan ingin mengetahui gerak geri staff. Samada staff bawahan melakukan perniagaan online tidak menjadi salah. Hampir kebanyakan staff bawahan melakukan pendapatan tambahan. Mereka tidak seperti anda yang bergaji tinggi. Mereka memerlukan wang tambahan untuk survival sehingga tidak menganggu tugas² mereka di pejabat. Jadi, jangan melebih².
Pengalaman kelima, memberi arahan yang tidak tepat. Ramai antara pegawai² memberi arahan sekadar melepas batuk di tangga dan membiarkan staff bawahan bukan profesional berfikir sendiri seolah² memandai² dan bila berlaku kesilapan akhirnya staff bawahan dipersalahkan. Ini memang kelakar. Anda pegawai yang kelakar dan teruk. Jangan fikir staff bawahan tahu apa yang anda tahu, kenal sapa yang anda kenal. Sekiranya ingin memberi arahan. Beri arahan yang tepat dan mudah di fahami. Jangan fikir anda pegawai anda boleh memberi arahan lebih kurang dan expect staff bawahan faham dan maklum apa dalam fikiran anda. Ingat❗ Staff bawahan bukan ahli nujum atau ahli tilik dapat membaca apa yang terkandung dalam kepala anda.
Pengalaman keenam, pilih kasih dan double standard. Anda memberikan layan berbeza² dengan orang bawahan anda. Anda akan cemburu dengan kelebihan orang lain walaupun anda telah berada di liga anda sendiri. Ibarat liga anda beza langit dengam bumi. Namun, anda merasakan staff bawahan merupakan ancaman anda. Sememangnya anda pegawai kelakar. Semakin anda membezakan semakin anda kelihatan bodoh. Bodoh kerana cemburu staff bawahan. Bodoh kerana membezakan staff bawahan. Bodoh kerana anda menilai dengan kata² orang lain. Bodoh kerana mengikut emosi. Bodoh kerana membiarkan diri anda diperkotak katikkan oleh diri anda sendiri. Jadi jangan jadi bodoh dan membodohkan diri. If you want act like a boss think like a boss. Jangan kerana perkara remeh anda memperbodohkan diri. Akhirnya, akibat kebodohan anda, anda menilai prestasi pegawai mengikut emosi. Anda tidak membangun bersama² staff tetapi anda hanya merasakan anda terbaik tanpa bantuan orang lain. Kasihan, anda memang nampak bodoh di mata saya.
Pengalaman ketujuh, bila pegawai menjadi punca staff bawahan berdepan dengan sakit dan penyakit. Ini memang perkara paling jahat. Anda suka memberi depression kepada orang bawahan. Cuba pergi hospital² bahagian psikatari. Berapa ramai orang² yang berdepan masalah depression, mental illness, panic attack, stress and anxiety? Bilangan ini meningkat saban tahun. Jangan ingat staff bawahan sebagai beban tetapi anda tidak sedari anda telah membebani staff bawahan anda bukan sahaja soal kerja tetapi juga emosi. Setiap orang dapat handle ketahanan emosi yang berbeza. Sudahlah bergaji kecil, masalah ekonomi yang berubah², beban kerja yang terbeban, masalah tanggungan anda tambah lagi beban emosi kepada mereka. Anda sememangnya pegawai kejam.
Pengalaman kelapan, menghalang pengembangan kerjaya staff bawahan dan menyekat rezeki orang lain. Anda pegawai yang tidak beretika apabila anda memuji kecekapan staff bawahan namun anda menidakkan penilaian kepada mereka. anda memberi markah yang tidak munasabah. Seolah anda lebih baik, lebih bagus dan lebih cemerlang. Anda fikir cemerlangnya anda maka cemerlanglah organisasi. Anda sememangnya pelawak tegar. Tiada dalam istilah pegawai cemerlang maka organisasi cemerlang. Sebagai contoh, anda buka restoran, jika tiada staff bawahan yang cemerlang, beretika dan amanah. Maka perniagaan anda bakal lingkup. Ada cashier, mencuri duit. Ada pelayan, memberi layanan buruk, marahkan pelanggan. Anda tukang cuci, buat malas, restoran jadi kotor menyebabkan penilaian restoran buruk, pelanggan lari. Ada tukang masak, masak tidak sedap dan guna bahan² tidak segar. Sedangkan anda pegawai hanya menjaga cash flow dan berjumpa orang atasan untuk pengembangan business.
Pengalaman kesembilan, mencuri idea² staff bawahan tanpa di berikan kredit dan buat seolah idea sendiri. Telah banyak pegawai atasan yang memilih menjadi penemuduga dan mencuri idea sudahnya pangkat tidak di beri malah dia pula yang di naikkan pangkat kerana peningkatan idea. Ini paling melukakan hati. Orang lain bersusah payah memikir dia yang berpangkat, dia pula dapat kenaikan dan kredit. Ini pengalaman paling horrible untuk staff bawahan. Segala usaha tidak di hargai malah diperkotak katikkan oleh pegawai atasan. Jangan sesekali mencuri idea staff sekiranya anda tidak mampu memberikan idea bernas. Kredibiliti anda sebagai pegawai atasan di pertikaikan malah anda memang tak guna❗❗❗
Jadi kesimpulannya, cemerlang anda sebagai pegawai bermula dari cemerlangnya staff bawahan. Jangan tiap² tahun anda je dapat Anugerah Pekerja Cemerlang (APC). Tiap² tahun muka anda. Tetapi, staff bawahan anda nilai ikut emosi dan tidak layak. Kecemerlangan organisasi memerlukan kerjasama semua pihak. Semakin anda menidakkan. Satu hari nanti anda juga akan mendapat pembalasannya. Sebab saya sudah lihat. Jadi jangan jadi seperti mereka. Bajet cemerlang, menilai staff bawahan rendah akhirnya anda pula terima bahananya. Keh...
XoXo,
Cik Lee
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa