Assalamualaikum (^_−)☆,
Kali ni CL nak kongsikan satu kenangan di zaman sekolah. Memiliki jam tangan. Jam tangan ini bukanlah yang pertama tapi jam tangan kesukaan.
Jam ini takda jenama. Hanya sebuah jam biasa yang di beli di Petaling Street, Kuala Lumpur.
Sekarang lebih di kenali Chinatown. Masa tengok member pakai sanggup redah Petaling Street untuk dapatkan jam idaman hati.
Lungguk duit dengan harapan dapat. Akhirnya dapat juga. Jam ini sangat comel. Di bawahnya tertulis "Don't ) worry be happy" muka ikon smile akan bergerak seiring dengan jarum jam.
Comel sangat. Konon² stress. Jika terpandang jam tu, semangat sikit. Hehe (^~^)
Sekarang ini trend kebanyakan berjenama mahal. Dan orang dah jarang pakai tiruan murahan. Tiruan yang premium. 99% like original. Tapi kalau penggemar original item dapat trace keaslian sesebuah barangan.(Ada number khas untuk setiap item original )
Kalau xmampu beli jenama mewah sekurang²nya beli jenama sederhana asalkan originality tu ada. Biasanya barangan berjenama ini kualiti lebih baik. Terutama bahagi klip, tali dan jahitan.
Sambung balik hal jam itu, jam tu sampai masa tamat riwayat bateri. Tak silap dan dua kali tukar bateri akhirnya mati begitu sahaja dan tamat riwayatnya jam kesayangan CL.
Banyak item² legend di rumah. Tapi di sebabkan ruangan rumah yang kecil maka jadi sempit dan terpaksa di buang (walaupun tak rela)
Sedikit sebanyak dah tak boleh buat duit. Hahahah....rugi betul. Nanti kita cerita soal koleksi² kesayangan pula. Gambar ini hanyalah sample sebab gambar jam betul dah tiada.
XoXo,
Cik Lee
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa