Assalamualaikum (-o⌒),
Sekarang ni CL tengah berusaha nak segera sembuh dari Thyroid. Yelah, thyroid buat sesak nafas dan jantung laju. Bila dah laju penat lain macam. Kalau boleh tak sudi nak bergantung harap dengan makan ubat penenang je. Bahaya woo. Mahu taknya, kawan CL admit seminggu kat hospital sebab dia terlupa bawa ubat dan skip ubat 3 hari. Apa lagi pengsan dan bawa ke icu. Mujur tiada apa² berlaku.
Dengan pengharapan sihat supaya sis CL tak lemah serba serbi. Lembek dan asyik nak berehat je. Maybe orang lain boleh aktif sebaliknya sis kalau aktif hari ni esok baring aje.
Ok back to our main story. Nak sambung pengajian peringkat master. Bila baca blogger lain. Komen² belajar susah. Tambah² ada yang komen tu dari pelajar sepenuh masa dan baru tamat pengajian peringkat ijazah. Jadi bertambahlah rasa confused kenapa susah ye?
Bila tanya pula rakan² yang telah bekerja dan berjaya tamatkan pengajian peringkat master. Sebenarnya tidaklah sesusah peringkat ijazah. Peringkat ijazah ini bergantung kepada peperiksaan , quiz (masa belajar ijazah pertama kali pensyarah cakap nak bagi quiz kita ingat macam main game kat tv tu, alih² soalan² kerja rumah.)
Namun begitu, peringkat master ini adalah kekuatan individu. Ini kerana, tiada lagi group assigment. Paper² di bentangkan secara individu. Bukan tidak boleh berbincang berkumpulan tapi kesimpulan akhir perbentangan tetap berbentuk individu. Soalan² quiz juga lebih mencabar. Tiada lagi pendedahan oleh pensyarah. Pensyarah hanya sampaikan informasi dalam kuantiti yang sedikit. Bahan² lain wajib dicari oleh pelajar dan sekiranya perlukan panduan masih boleh berkomunikasi dengan pensyarah.
Seperti diketahui umum, pensyarah adalah berbeza² dan sistem pengajaran, pemahaman , maklumat, panduan dan sporting juga berbeza. Namun, bagi pelajar yang telah atau sedang mendalami pengajian peringkat master menyatakan peratusan mendapat CGPA 4.0 lebih tinggi berbanding peringkat ijazah.
Jadi tiada pelik, cuma usaha tetap sama. Melihat rakan yang sedang belajar dengan kerjaya,keluarga dan pengajian memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Kata orang, boleh bikin down kalau tak dapat handle secara tersusun. Jadi jika anda pelajar sepenuh masa, masih muda, punya tenaga kuat ke sana kemari maka tidaklah sesusah mana jika dibandingkan akak² ini, dah tinggalkan pengajian ijazah lebih 12 tahun. Otak sedikit tepu. Pergerakan lembab. Otak nak proses slow. Itu mujur akak ini bujang kalau dah berkeluarga mau berpinau 。・°°・(>_<)・°°・。
Jadi jika anda baca blogger muda yang komen susah nak bahagikan masa kerana masa senggang untuk peringkat master memang banyak jika pelajar sepenuh masa. Lain pula dengan pelajar senior seperti CL yang sudah bekerjaya. Masa yang ada terhad dan padat.
Jadi jangan patah semangat. CL berminat akan meneruskan peringkat master insyaallah tahun depan. Dan pengajian yang di pilih setakat ini adalah MSc in International Business. Mengapa ambil MSc bukan Mba? Kerana sis ada graduan Bsc. saja nak kekalkan Sc dalam pengajian. (^_^)
XoXo,
Cik Lee
Cik Lee
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa