Friday, June 9, 2017

Perkahwinan Tradisi Minangkabau

Assalamualaikum pembaca setia ♥♥,

Hari ini CL nak menceritakan tentang pakaian tradisi masyarakat minangkabau di Negeri Sembilan.

Kebanyakan pakaian ini kurang mendapat  sambutan dikalangan masyarakat berbanding zaman dahulu.

Masyarakat Negeri Sembilan hanya lebih senang mengenakan pakaian tradisional songket untuk majlis perkahwinan mereka. Namun, ada sesetengah tempat masih berpegang teguh kepada adat dan budaya nogori.

Kalau nak cerita soal adat. CL bukan orang yang arif. Tetapi secara am bolehlah CL ceritakan serba sedikit. Namun biar kali ini kita tumpukan dengan pakaian tradisi minangkabau di Negeri Sembilan dan juga masyarakat Padang di Indonesia.

Pakaian wanita Negeri Sembilan kebanyakannya bersopan kerana masyarakat minangkabau menitikberatkan agama islam. Pada zaman sebelum perang, kebanyakan masyarakat minang Padang merantau menyebarkan agama islam. Jadi tidak hairanlah pakaian mereka perkahwinan lebih simple dan tertutup.

Masyarakat minang di Padang juga kebanyakan merantau sebagai pedagang. Jadi tidak hairan merata² perniagaan orang minang.

Antara pakaian lazim untuk wanita minangkabau adalah perhiasan kepala. Tidak hairanlah hiasan kepala wanita minang/minangkabau antara termewah berbanding kaum² lain.

Sanggul lintang wanita minangkabau sangat besar seolah² hampir serupa dengan wanita di Melaka dipanggil suntiang. Namun hiasan kepala bentuk tanduk kerbau dan berpakaian bundo kanduang. Kerbau sinonim dengan masyarakat minangkabau kerana singkatan dari menang kerbau (pertandingan kerbau). Rujuk blog

http://kelompokbudaya.blogspot.com/2014/03/pakaian-adat-minang-kabau-dan.html

Seharusnya masyarakat dapat mengekalkan tradisi pakaian minangkabau untuk mengelakkan luput ditelan zaman.

Semoga dengan catatan kali ini dapat memberikan sedikit informasi dan sekaligus memberi idea perkahwinan kepada bakal pengantin yang inginkan pakaian tradisional suku kaum masing².

XoXo,
Cik Lee

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa