Assalamualaikum geng,
Harini CL nak share mengenai sakit yang pada awalnya CL rasa zero tak tau menahu lansung kewujudan sakit ini.
Pada awalnya orang suspect kurus. Ok, awal tahun 2015 kena HFMD (refer post sebelum ini) so berat drastik turun sebanyak 12kg. Banyak tu. Dari berat 80++ turun mendadak jadi 68kg..banyak tu...turun dan terus turun dan sekarang tinggal 55kg.
Yelah macamana tak kurus kan. 3 hari berlapar. Kemudian baru² ini mengalami sakit lutut yang sangat teruk. Berbulan² menderita sakit lutut. Sampaikan nak duduk, nak berdiri malah nak tidur pun sakit amat²..
Puncanya kurang pasti. Masa CL menyertai Train The Trainer di Seremban, Negeri Sembilan masih ok. Dalam bulan lapan tahun lepas 2016 masa tu dah terasa sakit on off. Selepas itu bermulalah episod ngeri. Kecederaan yang berpanjangan.
Susahnya serba serbi sampai nak poopoo kena beli kerusi. Sebab masa repair rumah xnak buat jamban duduk. Fuh..memang jeran la sakit lutut.
Kecederaan ACL. Otot tu rasa terpusing bila kita bergerak. Kalau terpusing dia punya sakit, xdapat bayangkan. Hari² sakit sampaikan beli pad khas untul lutut.
Alhamdulillah awal tahun ini semakin sembuh dan telah sembuh sepenuhnya. Xperlu solat duduk, dah boleh mencangkung, naik turun tangga. Lega sangat².
Namun, kesihatan itu tidak berpanjangan bila doktor mengesahkan CL ada simptom² Thyroid kerana tangan shaking dalam istilah perubatan tremor. Maka kenalah mengambil ujian darah sebagai pengesahan.
Dalam bulan Mac 2016 maka sahlah CL sebagai pengidap Hyperthyroid. Sangat menyedihkan dan sukar terima kenyataan kerana CL penakut makan ubat. Dan terpaksa menjamah ubat setiap hari.
Untuk peringkat awal, CL sering mengalami penat yang melampau kerana detak jantung yang amat laju. Hampir 100+ kadar detak jantung CL. Untuk orang normal adalah 70 ke bawah. CL sering mengalami Palpitasi ( detak jantung yang laju)
Hari² sentiasa penat dan tak bermaya. Sentiasa ingin berbaring dan bermalasan. Bukan sengaja k. Tetapi itulah hakikat. Sampaikan kerap mc kerana sering sakit kepala dan gastrik. Yelah macamana x gastrik. Badan penat. Pemakanan x terjaga. Semua nak buat sendiri. Nak masak makanan sendiri pun tak berdaya. Memang la sakit berulang².
CL mula dengan pemakanan organik. Berhenti serta merta nescaffe walhal CL adalah pentegar nescaffe sejak kecil. Maka salah satu punca CL sering sakit kepala migrain kerana berhenti pengambilan kafein.
CL mula bertukar kepada minuman Coklat. Tapi detak jantung sama seperti pengambilan nescaffe. Tiada perubahan drastik semasa bertukar. Senantiasa sakit kepala.
Jadi CL meminta nasihat doktor lain dan dia menerangkan Coklat juga mengandungi kafien. Padanlah tiada perubahan positif. Konon nak bertukar kepada teh. Masih juga kategori berkafein.
Jadi sekarang suka atau tidak CL bertukar ke milo untuk minuman panas. Biasalah sehari mesti nak minum air panas kalau x, badan lemah. Dahla sakit hyperthyroid buat lesu dan penat kerana denyutan jantung biasa seolah tengah bersukan walaupun tengah berehat.
Next chapter CL akan share pula punca menjadi hyperthyroid dan suspect anxiety disorder.
XoXo,
Cik Lee
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa