Assalamualaikum pembaca setia,
Hari ini CL nak ceritakan serba sedikit penyakit yang menghantui CL Gastrik tapi CL merasakan CL lebih kepada perut kembung.
Sejak puasa ini mencabar betul dua tahun ini berpuasa. Hari² hampir masuk angin. Kalau lapar biasalah berpuasa. Tapi kalau masuk angin. Memang sakit dari biasa.
CL ni dah macam makcik² (kata incik Fisher) yelah asyik berbau minyak angin. (个_个) xpatut betul. Sakit kepala dan perut berulang² (simptom anxiety dan thyroid)
Gastrik ini kadang² sakit teramat. Mahu berguling menahan sakit. Gaviscon jangan cakaplah. Dah makan. Namun xkebah² juga sakitnya kalau dah tahap masuk angin.
Bayangkan puasa tahun lepas tiga hari je pun tak terganti. Dek kerapnya masuk angin dan gastrik. Sampai fobia. Kalau xmakan bolehlah cerita. Setiap kali sahur masak. Makan nasi penuh sepinggan. Tu belum lagi jamah kurma 3 ulas buat penguat.
Namun seperti biasa "masuk angin" juga. Maybe mengadap kipas selepas sahur. Mahu xmengadap kipas. Panasnya dua tiga hari ini. Berpeluh². Mandi peluh. Asyeeemmm dibuatnya.
Namun, walaupun bermandi minyak angin CL tetap tabah berpuasa. Setakat ini baru tiga hari tidak berpuasa kerana keuzuran (wanita) dan gastrik teruk setelah ambil blood test di Klinik Kesihatan kelmarin (6 Jun 2017)
Biarlah ujian kecil saja ini. Insyaallah semoga CL tabah menghadapi hari depan. Kuat untuk berpuasa dan terus instiqamah. Yelah bila melibatkan perut ini nak sujud dan rukuk boleh jadi penyebab untuk gas asid naik.
Doakan CL berjaya berpuasa ya. Untung² dapat puasa enam. Tahun lepas dapat empat hari. Sebab tu berbaki puasa tak berganti. Fighting ٩(。•ω•。)و
XoXo,
Cik Lee
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa