Monday, May 22, 2017

Sakit Tangan Kuku Dan Mulut (HFMD) Versi Dewasa

Assalamualaikum..

Kali ini CL nak share pengalaman kena sakit HFMD versi dewasa.

Nampak macam simple...tapi sakitnya...Tekak penuh dengan ulser. Demam xkebah² dekat 3 hari. Nak menelan siksa.

Malam plak berguling² kelaparan sebab nak makan sakit..siksa betul

Bila dah agak kena HFMD bila tangan dan kaki keluar bintik² merah. Macam campak halus² tu. Tapi sakit woooo... Berbiji² kat tapak kaki nak memijak pun boleh terasa maca guli² kecil. (tahap sakit berbeza² pada individu) Nak kata sakit terlampau tu tak la. Tapi kategori sakitlah juga.

CL pesan kat Abah beli aiskrim vanila. Dibelinya aiskrim purple aka keladi. Sabar jelah. Pastu aiskrim coklat. (Jangan makan aiskrim coklat ye) dia punya berdenyut...fuhhhhh...xdapat nak kata. Perit wooo....orang kata Aiskrim Coklat itu Panas.

So masuk hari keempat. Abah CL paksa makan. Belanja makan nasi Arab Khabsa. Bolehlah telan sikit².. Sulam air. Nak kasi kebas makan aiskrim perisa VANILA.

Maka akhirnya susutlah berat badan makcik CL dari 80 ke hampir 90kg tinggal 60 kg dan kini 55kg.

Peristiwa terjadi tahun 2015 awal tahun. Memang masa itu kerajaan takda lagi nyatakan Cuti Tanpa Rekod. Maksima 5d.

Seeloknya memang cuti. Sebab boleh berjangkit pada umum. Lagi² air liur. Sekarang penyakit ini dah menyerang ramai dewasa.

Tak pasti pula puncanya. Kebanjiran warga asing xmustahil menjadi salah satu punca.

Apapun hargai kesihatan kita k. Syukur selalu sebab nikmat Sihat itu Sangat Indah.

XoXo
CL

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa