Thursday, November 5, 2015

Tangisan Sebuah Duka

Melihat sebuah impian yang jauh ke hadapan
Mengharap sebuah pengharapan yang tak kunjung pasti
Merawat sebuah duka yang silih berganti
Mengarap sebuah cita-cita yang menggunung tinggi

Duka itu pedih namun sentiasa setia menemani
Gembira itu indah namun sentiasa bersulam duka
Impian itu tinggi sangat sukar digapai..

Oh, sekeping hati.
Tabahlah dikau mengharunginya
Kuatlah dikau bila tercalar lagi
Jangan lemah bila dikunjung duka
Janganlah rebah sebelum tiba waktunya….

Wahai mata ku yang cantik,
Kurniaan ilahi yang tak ternilai harganya,
Jangan kau titiskan air mata duka,
Jangan kau biarkan mata ku di rundung air mata,
Jangan kau benamkan jiwa-jiwa duka bersamamu…

Wahai jiwa,
Kuatkan imanmu biarpun kau lemah
Kuatkan ragamu jika kau gagal
Kuatkan hatiku bila ku rebah
Kuatkan langkahku agar tidak mudah mengalah

Biarpun tiada siapa disisi
Kau tetap ku sayangi,
Walaupun tak mampu ku genggam akan cuba ku gapai
Sepenuh daya
Sepenuh jiwa
Biar tak mampu ku ungkap
Biar tak mudah ku garap
Namun aku tetap disini bersama sekeping hati, sepasang mata dan sepenuh jiwa….

Mengharapkan sebuah impian dan berdoa agar terlaksana jua….

deeply true

sometimes...words can't describe...

go and be strong


No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa