Sunday, November 8, 2015

Rumah Tradisional Negeri Sembilan

Assalamualaikum,

Sebagaimana yang pernah hakak CR janjikan dulu nak menceritakan serba sedikit rumah tradisional Negeri Sembilan. Sebenarnya zaman hakak sekolah dulu ada sebuah buku berkaitan seni menerangkan secara jelas rekabentuk rumah negeri ini. Malangnya setelah di Outsource dari rumah maka tak dapat hakak nak tunjukkan secara jelas kedudukan rekabentuk rumah asal nogori ini.

Walaupun hakak tak la dibosakan di nogori kerano asal eh hakak memang dah stay KL maso sebelum wujud dan maso dalam perut laie hahaha..semuo laporan pemeriksaan bulanan semuo kek KL jadi hakak tak pasti nak kato hakak orang nogori patriotik ko tak...hahahaha...

Tetapi sejak myEmak dengan myAbah dah pindah ko nogori maka terpanggillah hakak untuk mempromosikan semula kampung hakak yang tercinta. Walaupun myAbah orang Selangor tetapi masih mewarisi darah nogori dari arwah abahnya. ( Iye abah CR panggil Abah dia "Abah" dan hakak pelik adik2 lelaki hakak sorg pun tak mewarisi panggilan ini sebab semua anak-anak lelaki arwah atuk CR membiasakan diri dengan panggilan "abah" kepada anak-anak mereka...semua ok....dan anak lelaki adik lelaki abah CR pun menggelarkan diri "abah" tetapi adik2 hakak plak nak panggil "ayah" comes from gelaran bapa untuk belah mentua dia..and sorang lagi sebagai "papa" which is pilihan his wifey untuk panggilan mereka as a parents..so sad...)

Sekarang CR stay di Seremban
Nanti kita akan promosikan pula sebelah keluarga abah CR ye. at the moment, sekarang kita bercerita mengenai salasilah rumah tradisonal Negeri Sembilan. Rumah tradisi sangat menitikberatkan menjaga kaum ibu/wanita. Oleh kerana masyarakat nogori sangat melebihkan wanita maka mereka juga sangat menjaga kaum wanita mereka tak kira dari segi keselamatan dan aurat kaum wanita mereka.

Luak  9 dalam Negeri Sembilan membentuk Negeri Sembilan
Asal perkataan "nogori" dalam istilah sebenar bahaso nogori bermaksud "daerah" atau "luak". Ini bermakna nogori memiliki 9 daerah/luak dan setiap luak ada wakil ketua masing2 dipanggil tok Luak. Kawasan kampung CR terletak di kawasan Juasseh berhampiran Jelebu (laluan untuk ke Pahang). Oleh kerana dah sampai ke penghujung memang sangat jauh dan memenatkan ye...Manakala, myAbah pula keturunan asal dari Jelebu (which is come from myAtuk) Kononnya mereka ini ada bau-bau bacang...sobab dokek sangat. Keluarga myAbah ini terletak di Simpang Durian, Jelebu. Ni lagi hebat jauhnya.lagi beberapa kilometer sampai ke Pahang (Bentong).

Ok, rekabentuk rumah minangkabau sangat berbeza dengan rumah limas di negeri-negeri lain. Di sini terletak keunikan rumah asli minangkabau. Ingat ye minangkabau tidak semestinya orang "minang" ye. walaupun serumpun namun tak semua menggemari di panggil warga "minang" dan mereka lebih selesa dipanggil "orang nogori" Atap rumah mereka memiliki ciri-ciri bertanduk seperti kerbau. (sebab itu digelar minangkabau) Namun rumah atok CR belah myEmak tidak lah begitu menekankan sangat paten tanduk kerbau ni secara jelas walaupun ada sedikit suntikan paten tanduk kerbau ini sebagai identiti rumah asli minangkabau.

Ciri jelas rumah asli atuk CR ni ada terdapat dibeberapa kediaman lain sekitar Negeri Sembilan, berbeza dengan adik sepupu beliau yang mewarisi sedikit sebanyak kediaman berciri rumah asli minangkabau itu dimana jika melawat muzium nogori maka anda boleh melihat ciri rumah yang lebih rendah dan ruang hadapan yang sedikit kecil.
rekabnetuk ini seperti rumah atok CR di kampung

Rumah ini meskipun sudah nampak seperti lama ditinggalkan namun rekabentuknya tidak jauh beza dengan rumah atok CR. Memang sebijik lah..tapi rumah atok CR cantik lagi..ngehngehngeh.. bukan nak bangga diri tetapi rekabentuk tingkap kami dan seni ukiran dan tiang nampak lebih mewah.Di atas tingkap kami ada seperti "glass berwarna" menampakkan ciri-ciri mewah. Disekitar sudut bawah atap kami terdapat ukiran-ukiran. Nampak tak lauan rumah kecil atara rumah utama dan belakang? Disitu adalah ciri tradisional dimana penghubung antara rumah ibu dan bapa. ( I wish i have that book untuk tunjukkan pelan rekabentuk) Tingkap rumah depan kami tingkap panjang dan ada kaki ukiran sebagai pagar ( grill zaman dulu tau..) Tingkap kami plak macam ada rekabentuk macam tingkap zaman moden sekarang kaca tapi kami plak dari kayu. Jadi kalau malam2 tu xperlulah nak buka tingkap besar-besar. Boleh tinjau je kat tingkap kecil tu. Heh...hebat tak aktikek zaman dulu? Ada yang mengatakan orang pilah ni kebanyakan eh orang kayo (kaya) tetapi berdasarkan rekabentuk rumah I am 99.9% sure yang kata-kata itu tampak benar. Rumah di kawasan Kuala Pilah memang sangat besar (banglo zaman dulu) dan rekabentuk jauh lebih cantik dari rekabentuk kawasan lain dan sebab itu istana asal nogori terletak di Seri Menanti, Kuala Pilah. Nogori Sembilan. Oleh kerana kawasan rumah atok di kampung ini sangat terhad kerana tanah kami berbukit bukau. (pesisir Banjaran Titiwangsa tau..) dan tanah kami dikatakan melamgkaui gunung (ontah..iyo kot..ada sekali je tengok geran tu. pastu yakpur salam...tak dapat tengok dah)

Lebih kurang begini tapi ukiran ni over sangat untuk rumah atok yang real...paten tingkap yang sama


Pernah diceritakan PM Malaysia satu ketika dulu pernah ke mari dan perabot rumah kami (rumah atok-ler) digunakan untuk tempat duduk VIP (PM masa itu) siapa lagi PM yang disayangi semua rakyat Malaysia (arwah Tun Abdul Razak) Pada zaman 13 Mei dahulu. rumah kami menjadi tempat berkumpul orang kampung berlindung. (besar tak besar....adik beradik mak je dah 11 orang termasuk atok dan nenek ditambah orang kampung...pergh....) Rumah itu juga tempat berkumpul untuk membincangkan bantahan Malayan Union satu ketika dahulu terutama konsep "jus soli" Sejarah tu..tapi sekarang dah jauh beza...dah xcantik macam dulu disebabkan dekorasi yang out of date dengan warna yang merosakkan keaslian rupabentuk rumah tu...so bad....

Ini adalah sekadar sample rekabentuk rumah atok CR. Kami takda beranda ye macam kebanyakan rumah limas. Kami tiada tempat santai diluar rumah nak ambil angin petang. Kadangkala, rasa hairan pula kebanyakan pelan lantai mengatakan rumah tradisional nogori ada beranda untuk kaum lelaki yang datang bertandang. pelik...pelik.....raso eh orang nogori sangat mesra sampaikan tetamu tidak dibiarkan bertandang luar rumah melainkan dalam rumah...

Dan ciri yang tepat, rumah tradisional nogori mempunyai tiang yang tinggi dan tidak menggunakan banyak paku semasa membina sebuah rumah. Rumah nogori sangat kukuh walaupun berpuluh tahun telah ditinggalkan masih teguh berdiri dan masih tidak lari senibina rumahnya. Kalau tak percaya cuba jalan-jalan sekitar kampung nogori,

Berkemungkinan kayu yang digunakan sangat mahal dan terbaik. Ada sesetengah rumah memiliki "tiang seri" salah satu rahsia yang ada didalam rumah nogori ini. namun bukan semua rumah memiliki "tiang seri" tetapi istana lama di Seri Menanti dikatakan memiliki "tiang seri" Untuk mengetahui ciri tiang seri biasanya tiang ini ditengah-tengah rumah dan diikat dengan kain kunig (katanya) Peranannya pula untuk menjaga keselamatan rumah almaklum dahulukala mengembara berbulan-bulan lamanya jadi disitulah peranan "tiang seri" bermula. Wallahualam...

Apapun rumah tradisional minangkabau, tidak mencampurkan lelaki dan perempuan sembarangan. Jika kaum ibu/wanita yang datang ke rumah, mereka akan masuk melalui pintu belakang. Sebaliknya jika kaum bapa/lelaki pula yang datang maka mereka akan masuk melalui pintu hadapan.Unik kan?

Orang nogori sangat menjaga tertib mereka melibatkan lelaki dan perempuan. Kini dah ramai perantau dan kadangkala sukar menebak keaslian warga nogori melainkan jika ada upacara kekeluargaan. Nogori is nice place to go and to explore....tata....

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa