Assalamualaikum sahabat2 CR,
Rindu rasanya inginkan sahabat sejati…dah lama rasanya tidak
memiliki sahabat sejati sejak dari “Betrayal” Perit sebenarnya persahabatan
yang dikhianati dan dipersendakan. Tidak mudah berhadapan dengan keadaan sahabat yang kita sayang
( I didn’t say it, but I prove it) dari mendengar masalah, membantu sehingga
meluangkan masa semuanya telah CR lakukan tetapi bila sesuatu yang melukakan
hati CR tak mudah CR nak memaafkan.
Dulu… CR mempunyai seorang sahabat, Kami memang belangkas
sejak zaman persekolahan menengah. Dimana ada CR disitu ada dia. Kami merupakan
anak tentera ( masa itu abah CR baru sahaja bergelar Äskar Pencen”) Jadi kami
ni tak lah mewah sangat pada awal persekolahan menengah dulu. Almaklum gaji
separuh. Belum lagi anak-anak ramai bersekolah semuanya lagilah terbeban. Pada
peringkat awal pekerjaan abah CR setelah pencen buruh am je ( Pekerja am)
..tukang bersih2 stor, sapu sampah je..dan gaji tak seberapa sangat berbanding
dulu. Mujurlah ada pencen dapat lepas sesak sikit2. Alhamdulillah rezeki tak
putus cuma biasalah hidup yang biasa2 di ibu kota. Tak mudah ok…semuanya kena “duit”
Mujur masa itu adanya bas mini. Dapatlah bernapas juga. Pada awalnya abah kasi
belanja harian, sesak napas selalu tak cukup, dan meminjam 10 sen pada kawan.
Itupun diungkit dan dimarah dengan jelik mengatakan “CR ni selalu tak cukup
duit 10 sen” Manalah nak cukup, aku pegi
sekolah dan balik sekolah naik bas, belum masuk aku makan lagi. Lainlah korang
pegi sekolah ayah memasing hantar, balik je naik bas itupun duit belanja kita
beza, RM1 plak (getus dalam hati kecil)
Mungkin akhirnya Allah swt mendengar kepayahan CR akhirnya
abah berikan RM10 seminggu walaupun tetap sama RM2 sehari tetapi jauh beza ok.
Masa itulah CR dapat menyimpan, belanja, shopping. Serius…akhirnya terlepas
beban pinjam 10sen pada kawan disebabkan tak cukup duit. Masa bas mini masih
cukup bermulanya perkhidmatan intrakota itu lah jadi tak cukup. Sebab tambang
meningkat 2x ganda dari asal. Jadi akhirnya abah upgrade tambang jadi RM 3
sehari, jadilah, Rm1.80 dah pegi ke tambang sahaja..Zaman CR dulu takdanya
zaman separuh harga untuk pelajar ye. JANGAN HARAP harga separuh pada zaman CR
belajar dulu.
Punca CR berkecil hati adalah masa itu CR ada perbuatan
sahabat CR ini ketika itu kami sama2 ingin bekerja sambilan selepas tamat
pengajian di U masing-masing ( Kami dari U yang berbeza) Kononnnya kawan CR ini
mengajak CR ke tempat tersebut kerana ada kekosongan jawatan dan ada sahabat
dia disana akan tolong (satu U dengan dia ) Semasa hari kejadian CR dan dia
hantar resume tetapi kami menunggu agak lama di bawah jambatan itu ( CR bawa
myEmak) sebab sambil kami hantar Resume CR bawa lah myEmak jalan2 sekali
Memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan pusat bandar jadi mudahlah kami
berjalan2 sebab setakat hantar borang bukanlah lama sangat. Kami puas menunggu
dekat 30 minit tetapi beliau tak muncul2. (Zaman itu kami dah ada hp ye abah CR
belikan masa CR dapat masuk U ) Jadi apa
salahnya dia kol bagitau kami pulang dulu sebab dia nak jumpa kawan dia. Ni tak
kami melangut dia boleh senyum sumbing je bila dah lewat camtu.
Oleh kerana lama, jadi myEmak belanja kami berdua makan (
walaupun mak tak keje tau, nak dapatkan duit dari abah memang la liat nak
dapat) jadi kami berpisah membuat haluan masing2. Sudahnya CR dengar dia dapat,
dan CR tak dapat. Terkilan pun ada, sebab jika kekosongan itu Cuma 1, dan kawan
dia offer dia sorang tak perlulah maklumkan pada CR. (ingat duit tu datang bergolek
ke, dahla mintak duit mak ayah..tak berbaloi plak tu) CR pulak lurus bendul
masa tu. Yelah tak da sapa nak beri pandangan. Almaklum segalanya sulung jadi semua benda Nampak bengap je. Satu hala je.
Padahala ada beberapa opis berdekatan. Dan serius hakak tak tau lansung
kewujudan ofis hakak keje sekarang walaupun hakak p makan kat bangunan sebelah
itu je. Kalaulah…hakak tau mesti awal2 hakak p hantar resume kat situ juga.
Maknanya simple “Serampang dua mata”Harap2 terkena.. Itulah kelemahan takda
teknologi masa tu. Sekarang serba mudah…semua klik internet je. Kalau tak tau
juga memang kome ni datang dari planet mana ntah. Bukan soal miskin ke
kaya. Tapi soal teknologi ni tak boleh
terbelakang. Kerajaan dan supply kat kampong WiFi free. Takkan itupun nak beri
alasan. Belum lagi harga hp yang jauh lebih murah, prepaid plan yang murah. (
dulu hakak pakai Celcom, network pun kena beli topup, nak kol pun kena beli
topup…jadi kena doubel topup…cekik darah betul ) Takpe.. Allah swt kan maha
adil, dia tak bekerja jadi wife sepenuh masa dan ada 3 cahaya mata ( jumpa
jodoh kat tpt kerja tu) manakala CR sudah pun bekerja di kawasan berkaitan dan
berjawatan tetap berpencen..alhamdulillah..Cuma bab jodoh dan zuriat je masih
belum lagi ada rezeki.. slow2 laaa…1st step dah settle…lagipun
xsemestinya kawen lambat xdop zuriat…kalau ada rezeki tetap ada juga…bukan
lambat tapi tepat pada masanya….Masalah CR ialah menganggap semua orang adalah sama sahaja...dan tak mudah melupakan sesuatu..pendendam...memang susahkan masalah cani..slow2 perbaiki...
Kelemahan dia ni pula suka membandingkan kehidupan rumah dia
dengan saiz rumah cotet kami tu..kadang buat terasa juga.. Ada sekali tu buat
bebetul Cr berpatah arang bila dia mendesak abah CR untuk ambil borang
permohonan rumah awam di ibu pejabat abah CR..No..No..No…this is too much..CR
sendiri tak pernah perintah lelebih..kalau ada pun sebab anak dia k…tapi dia
desak2 untuk kawan dia..so lagilah CR hangin satu badan…pe kaitan kawan dia
dengan abah CR pulak yang terpaksa bersusah payah….lagipun abah CR duduk site
opis bukan HQ pun….agak2 lah…lainlah memang dekat satu opis maybelah…itupun
kena mintak izin abah CR juga kan…
Dan bermulalah perang dingin antara kami. Sehingga makan
tahun juga kami tak bertegur sapa…dia pun dah berulangkali minta maaf. So Fb –lah
tempat kami berbaik semula. Mungkin kami sudah bertegur sapa namun untuk kami
berbaik seperti dulu mungkin makan masa…ye-lah masa pun dah berlalu namun kekok
itu masih ada. Dengan kehidupan yang berbeza mungkin juga menjadi penyebab.
Deep sangat...sobsss..sobssss |
Tapi sebenarnya BFF lah buat kita senantiasa muda belia.
Sentiasa tempat kita bergurau senda…berkongsi masalah pegi travel..share problem..share happy..bukan berkongsi
SUAMI ye….hahaha..dah ramai sangat dari kawan baik sampai laki kawan pun dia
nak rembat….hangguk betoi orang macam ni…tak guna..ibarat kasi anjing makan kita
digigit balik… jadilah kawan sejati sebab kawan sukar dicari ganti…sama seperti
part of our life and family…susah senang bersama…bukan kawan makan kawan…
Yeay.....xsabar nak ada BFF |
Awesome..memang inilah kami dulu |
Jom ramai2 cari BFF nak... |
Panjang lebar sudah…macam karangan sekolah plak..harap adik2
yang ada kawan baik..ingat rapatkan silaturahim sebab jika diluar sana nanti
tak mudah jumpa kawan sejati lagi….chiowww..
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa