Wednesday, November 4, 2015

Ikon Anak Nogori

Assalamualaikum sahabat semua,

Hari ni akak nak cito pasal majalah popular satu ketika dulu maso zaman hakak CR la..majalah Ujang...adik lelaki CR memang pembeli tegar koleksi majalah ini. Kami ada hampir lebih 100 koleksi majalah ini. Namun memandangkan kawasan rumah yang terhad maka terpakso lah di outsourcekan..kalaulah kami simpan beboto dulu mungkin banyak nilai eh...xdapek zaman kini do...

Majalah epik ni memang sangat top. Yola dulu bukan eh zaman internet. Mako pembacaan popular adalah majalah2. Masa tu tokey kodai majalah kayo berair... Sekarang tokey novel cinto kayo rayo... (mahaplah hakak ni tak sepenoh eh minat novel cinto sobab hakak maleh nak berangan lobih..xkan dapek di alam nyato)

Sayang majalah ini dah tak berapo banyak dipasaran. Mungkin minat orang dah bertukar kot. Orang goma fb semato. Dongar plak siap ado lak Dj kito kono saman, secara tak lansung orang semakin takut nak bertanyo malah nak nyobut pun tak berani.

Ujang ini boleh dijadikan salah seorang ikon N9. Beliau adalah anak jati N9. Populariti beliau menaikkan secara tak lansung imej N9. Sewajarnya orang nogori patut banggo ado ikon yang mempopularkan N9 di mato umum.

Asal popularity ujang bermulo lagu Ujang dan Milah banyak dinyanyikan penyanyi Mastura dan Ali Noor. Ujang ni lobih kepado panggilan manjo untuk anak lelaki dan milah untuk perempuan. Jadi kuk poie nogori jangan lak tercangak2 mencari mano Milah mo Ujang yo kalau orang tetibo cakap kek kito Ujang/Milah yo. Tu sekadar panggilan manjo. samo gak kalau panggilan manjo untuk perempuan Kelantan terkonal dengan panggilan "Mek"

Majalah Ujang plak melahirkan ramai kartunis yang sangat popular masa itu. Sapa tak kenal kartunis Lengkuas, Halia, dan ramai lagi...dari cerito ujang ke cerito "Blues Untuk Aku" memang legend..

Baru-baru ini kerajaan nogori telah mengambil inisiatif untuk memaparkan ikon kartunis Ujang di Terminal One ( perhentian bas utama Negeri Sembilan) sebagai langkah permulaan untuk mempopularkan semula ikon Negeri Sembilan ini.

Jadi sepatutnya kito ado muzium khas untuk mempopularkan semula ikon nogori ini. Ujang memang kategori epik yang terulung zaman ini malah tiada apa dapat mengatasi popularity Ujang di mata umum. Kito patut banggo ado majalah ulung yang dipelopor oleh anak nogori. Harap2 kurator Muzium Nogori sepatut lebih proaktif dalam menjadikan muzium Nogori itu sebagai salah satu pusat pelancongan popular di Negeri Sembilan. Muzium nogori di ambil dari rupabentuk Istana Lama dan rekabentuk asli rumah minangkabau yang jauh berbeza dengan rumah limas di negeri-negeri lain.

Kito ado pelawak popular zaman kini yang sering menghiasi rancangan lawak popular. Sapo tak kona mo "Ebby Yus" dan "Nabil Ahmad" dan penyanyi popular "Hattan" dan "Waghih" yang banyak mempopularkan loghat nogori. Jadi sekaranglah Kerajaan Nogori Sembilan patut menjadikan ikon2 ini sebagai daya tarikan terkini ke Nogori Sembilan.

Sekaranglah masanya kerajaan Nogori wajar membela nasib2 mereka yang banyak membawa kegemilangan nogori di mata umum. Sok plak jangan lupo kan hakak samo yo (hihi...perasan nak jugak tu...)...daaa...


jika benar..apakan daya kita...

Menyedihkan untuk anak nogori


No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa