Assalamualaikum,
Harini nak story pasal bday myabah semalam 31/10/2015..
memula hampir lupa sekali buka fb ternampak ikon bday today. Barulah teringat…huhu..kalau
tak dok tenung date tu tapi tak pasti apa lah yang tak kena dengan tarikh ni…ingat
kan dalam hati tak nak balik kampong minggu ni.. Kes makan ati dan merajuk
tetapi nak digerakkan ati tu berat je nak balik. Macam kalau tak balik tu rasa
menyesal plak..rupanya gerak hati tu tepat je. Mujur kuat nak balik. Sempatlah
birthday treat kat kawasan rumah tu. Biasalah tempat peberet abah “Myrail
Coffee”
Ni celebrate tahun lepas. Pea memang suka potong cake ( tgk muka dia tu) |
Berebutkan atok masa kecik2 dulu |
Tempat port makan peberet myabah (kat kawasan umah je) |
Esok tu ajak abah ke Mydin Seremban tetapi terlajak pulak ke
“Palm Mall” Banyak cerita-cerita horror kononnya ade “h****” disebabkan
bangunan itu lama tinggal dan terbengkalai tetapi baru beberapa tahun ini siap
sepenuhnya. Cantik dan exclusive tau. Siap ada hotel tersergam indah. Cuma
ramai tak suka parking di tempat parking di dalam bangunan berkemungkinan kos
yang agak tinggi ( secure parking maybe..sebab dah ade pengalaman pagi
interview kami di cas RM 20++ untuk 2 jam semata-mata pergi interview syarikat
Secure Parking..dahla tu tak dapat plak tu..puik…)
Palm Mall Seremban ( versi lukisan ) |
Pegi jangan tak pegi "Palm Mall" Seremban |
Hakak pun membeli lah Nutella kononnya petang nanti nak
bikin kek brownies Nutella tu, (menjadi plak tu…hihi ) dan abah plak belanja
makan lunch kalini di Wazer Restoran. Apa lagi pekena baryani la…sedap jugak
nasinya. Tak mual dan berminyak. Kos dia plak RM 9++ per set dimana nasi + lauk
+ acar + papadom. Ok ler kan…
Dalam masa yang sama hakak CR ada buat pelan internet DiGi
untuk Super Deals RM 1 for 30mb. Nak tau
kredit yang berbelen RM 7, lesap tak sampai sehari disebabkan kononnya lebih
penggunaan 30mb (pakai opera je kot..takkan abis )
Hakak memang ada bad experience dengan pelan internet DiGi ni
dari sebelum ada plan lagi..bayangkan bil internet di cas sampai RM 200++
prepaid je tau….kalau tak topup maknanya number tu dah tak boleh pakai… ( tak
guna…) Nak tak nak bayar jelah RM 200++ topup tu. Bila ada plan pun kredit kena
sedut sedangkan baru activate jam 15.35 pm tak sampai jam 4.45pm esoknya dah abis kuota dengan kredit2 sekali dia rembat.
Hakak nasihatkan jangan gunakan plan internet DiGi kalau xkonfiden
sebab memang bila penggunaan 80% kuota digunakan tiada warning. Memang total
dia oto amik kredit kita. Naib topup tak sampai RM 10 kalau topup RM 50 mau
menangis air mata darah..nak koling2 topup abis…jadi berhati-hati ye. Jangan
terpedaya dengan pelan yang cepat betoi abisnya kuota 30mb dalam masa xsampai
24 jam. So better jangan subscribe la…bukan nak menidakkan tetapi jika DiGi tak
upgrade service cekik darah macamni hakak kira boikot pelan internet…biarlah
sebab itu duit hakak…jangan kerana servis tak seberapa hakak yang sengsara.
Berbalik kepada story myabah, "happy bornday abah. Semoga
dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu
dan akan datang dan diberi kesihatan yang baik..aamin…" (terima kasih kepada
yang mendoakan juga)
Tok Abah dan Cucunya merempit nk balik dari Kafe My Rail Coffee |
Masa CR nak pg interview so singgah di sini untuk posing je,,, |
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa