Monday, April 20, 2015

Trip To : Tasik Chini, Pahang

Assalamualaikum,

Hehe..pulun story la..ada banyak story bertahun2 perap je..xsempat nak share..share pun pada fb je.

Tapi kepada pembaca setia blog Bicara Rini so rajin plak nak menghapdet story.

Time rajin la..time malas berhabuk la blog ni. CR jadikan blog ni sebagai diary peribadi. Mana2 pic yang hilang tu. Xsempat plak nk update. Lagipun ade pic2 tu free hair so kadang2 benda terjadi tu bersebab..

Mana2 yang CR hapdet bukanlah tujuan nak menunjuk2. Tapi sekadar share percutian murah.Sambil2 kerja sambil2  ngantar orang kawen.

Ade jugak dah lama sgt so xkose nk selak balik pic2 percutian ke kedah mengantar sepupu bernikah di Permaipura Kedah, mengantar adik bongsu bernikah di Gurun, Kedah..esok2 sepupu plak nak menikah di Kulim. Mana tau kan...dia pun comey dah ade boipren hensem.

Pasai Kedah lupakanlah ye sebab memang xsempat. La ni story pasai anta sepupu perempuan bertandang plak ke felda Chini di Pahang.

Rombongan bergerak jam 10 pagi ke tempat yang dituju lah..makan2 kenduri..kenyang dah sapedek maka kami mengambil keputusan untuk singgah di Tasik Chini.

Dia lebih kepada resort yang mengadap permandangan tasik. Tasik memang kelihatan damai je. Tapi air yang tenang jangan disangka...

Ok kami berehat di Resort ini untuk bersolat dan bersantai. Minum2 petang sambil nak ronda2 naik bot menyelusuri tasik. Best woo kalau gian nak naik bot

Pakej harga ada disediakan mengikut jauh pulau yang ingin dilawati. Pakej satu bot xsilap dalam rm90. (Lupa sebab dah lama sangat) kami dibawa meronda melihat keluasan tasik dan memang iya sangat luas...

Oleh kerana semuanya menaiki bot maka rugilah stay je kat kedai makan kan...kami book lebih kurang 3 bot. Enjoy...bukan selalu nak ke Tasik Chini ni. Dengar story je..hah ni live depan mata.

Kalau nak bermalam ada penginapan di sediakan.Mana kan tau nK rilek kapla..nak merasai kenyamanan hutan. Bagi pencinta alam sekitar. Highly recommend..

So pic tu utk tatapan korang supaya supaya jeles dan cecepat pg ke Tasik Chini..wokeh???

Tata..

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa