Assalamualaikum..
Arini CR nak share trip to Tasik Banding selama 3d 2n. Sori xbanyak pic yang bole CR share kan sebab album asal xdicopy lagi.
Untuk makluman misi ini adalah khidmat sosial yang dianjurkan oleh jabatan CR.InshaAllah dilain masa CR akan share lebih banyak pic lagi untuk perkongsian umum.
Day 1 : Perjalanan ke Tasik Banding
Kami bertolak dari ibu pejabat jam 9 pagi. Biasalah yang paling lewat ofkos CR..kihkihkih.. Kami singgah sebentar di Hentian Tapah untuk laluan menuju ke utara. Kami minum pagi disana sebelun meneruskan perjalanan ke Lenggong, Perak. Perjalanan yang panjang kami singgah di PUSKEP ,Lenggong untuk menikmati jamuan tengahari yang disediakan. Oleh kerana hari itu.hari Jumaat maka peserta perempuan bersolat di surau di PUSKEP tersebut manakala peserta lelaki bersembahyang Jumaat di masjid berdekatan. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke MRSM Lenggong untuk mengambil bekalan makanan untuk di bawa ke Tasik Banding. Kami sampai di tepi hentian tasik dalam jam 5 petang dan agak lewat dari waktu yang ditarget.
Kami dibawa menaiki bot khas untuk ke pulau buatan yg mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit perjalanan. Laluan yang mendamaikan. Perjalanan yang panjang kami disulami dengan permandangan hutan dara yang cantik dan nyaman.
Tasik Banding adalah tasik buatan manusia terbesar adalah projek Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerajaan negeri Perak. Keluasannya kena google la sebab memang sangat luas dan memiliki pulau persendirian sebagai projek alam sekitar selain dan menjadi sumber air untuk kerajaan Perak jika berlaku kekurangan bekalan air. Walapun tasik buatan, Tasik Banding adalah tempat penggemar pemancing tegar dan peminat camping.
Tasik buatan ini juga menjadi lokasi percutian kegemaran YM Raja Nazrin yang kini bakal ditabalkan menjadi raja Perak berikutnya setelah kematian ayahanda baginda almarhum Sultan Azlan Shah.
Perjalanan yang panjang adalah kerana melintasi banyak pulau persendirian. Setiap pulau ade nama yang berbeza dibeli oleh syarikat kerajaan sebagai kempen memulihara alam sekitar dan ada sesetengah pulau didiami orang asli di Perak.
Kami tiba di Pulau Mara. Berkeluasan lebih 10 hektar untuk dijadikan pusat untuk pelajar2 dan staf menjalani aktiviti team building. Kalau kat sini jangan la nak harapkan bilik tidur yang cantik dan selesa. Khemah kami diperbuat dari buluh dan dibuat oleh pelajar MARA. Memang xselesa dan sakit kaki ni nak pijak tangga naik ke bilik yang seperti bentuk tiga segi dan seperti dorm yang panjang.Tiada tilam dan bantal dibekalkan. Tiada kipas tiada tingkap tiada pintu.Semuanya berlangsir dan open air.
Bilik mandi diluar macam zaman CR kecik2 rumah nenek CR di Kolo Pilah. Masa tu jamban pun luar umah.Kalau nak beyak pun kena turun tangga..Oleh kerana penggeli tiap kali balik kg uwan mesti seboleh2 xnak beyak..hihi...geli punya pasal.air pun kena hangkut dari atas kat bilik mandi kalau orang Nismilan panggil kolah tempat simpan air yang besar.Nak kena turun tangga bawak baldi utk uk.uhhh..haha..
Berbalik kepada program kami sampai sahaja kami di pulau kami pun diberi sedikit taklimat dan diagihkan bilik masing2 atau pondok mini. Kami dihidangkan jamuan mini.Selepas itu, kami pun membersihkan diri dan bersiap untuk berjemaah maghrib di pondok surau yang dibina khas. Selepas jemaah isyak kami bersiap untuk menikmati jamuan makan malam.
Malam itu kami ade program khas sharing corner. Dan progran malam itu diselangi dengan mengenali lebih dekat alam sekitar. Lampu digelapkan dan kami diminta untuk menyenaraikan bau2 yang dapat dihidu pada malam itu.
Memula seram jugak tetapi selepas itu ditemani cahaya bulan malam. Kurang sedikit rasa seram walapun kami dok dekat2 je.hahaha...
Sebelum tidur kami dijamu supper. Jamuan ringan sebelum kami beredar untuk tidur kami dimaklumkan untuk program esok. Kalau nak tau...to be continued...
Aummm..
(Gambar adalah sumber dari google mereka yang pernah pergi ke Pulau Mara)
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa