Friday, April 24, 2015

Sebuah Cinta Sejati Yang Agung

Assalamualaikum..

Tahniah kepada yang ketemu cinta sejati. Bukan mudah dan xsemua bertuah.

Bila jauh terasa rindu, bila dekat rasa masa bergerak begitu pantas sehingga betul2 cemburu bila bersama..bila dekat rasa membahagiakan dan bila berjauhan mudah berjauh hati, cemburu, inginkan perhatian dan kemanjaan.

Kata orang bila berjumpa jodoh kita mata ' lelaki akan terasa getaran dirusuknya' xdapatlah juga ditafsir kebenarannya kerana jika kita benar2 sayangkan wanita tidaklah kita melukankannya dengan kata dan perbuatan kerana hati wanita ni lembut dan sensitif ibarat kerak nasi yang boleh lembut bila dicurah air. Malah lelaki bertanggungjawab akan segera menikahi wanita kesayangannya.

Ada sesetengahnya menyatakan bila kita rasa jodoh kita bila berdekatan kita rasa tenang dan bahagia. Kita akan sepi dan sunyi bila berjauhan dan semua yang ada disisi kita akan senantiasa buatkan kita terkenang2 kannya?

Wanita ini sangat hebat..bila mencintai seorang lelaki sanggup menerima apa sahaja kekurangannya. Dari jalan kaki berkilometer, naik bas kelililng kota, mula bertukar menaiki motor hingga ke memiliki sebiah kereta. Semuanya demi sayang dan cintanya. Wanita akan cuba melengkapi kekurangan dan berharap jejaka tersayang menerima kekurangannya. Wanita bersedia bersusah bersama. Namun jika hatinya terluka dia akan mudah melupakan apa yang dilalui.

Semoga kita saling berkasih sayang kerana kasih sayang itu lahir dari zaman Nabi Adam di syurga lagi menemui Hawa yang sudi menemani dan menghiburkan hatinya dikala kesepian. Tiada lah lebih indah bila berdua jiwa bersatu walaupun bila tiba didunia terpisah beribu batu dan bertemu di Jabal Rahmah. Indahnya semua kasih sayang.

Cinta khadijah r.a. terhadap suaminya Muhammad s.a.w menjadi cinta agung paling ulung. Disaat tiada siapa membenarkan ke'nabi'an Muhammad s.a.w dia lah yang pertama membenarkan. Berada disisi ketika Muhammad s.a.w. menggigil disaat menerima wahyu pertama dari Jibril.

Disaat Muhammad s.a.w. berada dalam kemiskinan dan perlukan pekerjaan maka Siti Khadijah Al Qubra telah mengambil Muhammad s.a.w. sebagai pekerjanya dan demi amanah dah kasih sayang Muhammad s.a.w telah membawa kejayaan dan menambahkan kekayaan Siti Khadijah Al Qubra.

Dia juga telah membelanjakan seluruh hartanya untuk Muhammad s.a.w untuk menyebarkan Islam. Agungnya cinta Khadijah membuatnya Muhammad s.a.w. sangat berduka cita bila kematiannya dan sehingga hidupnya menjadi suram sehinggalah baginda bernikah semula.

Cinta Zulaika dan Yusuf senantiasa menjadi ukuran kepada umum. Begitu juga Adam dan Hawa..tetapi agungnya cinta Siti Khadijah kepada kekasih Allah s.w.t Muhammad s.a.w. menjadikannya wanita paling bertuah..

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa