Assalamualaikum..
Topik.kita kawan baik..berapa ramai kawan baik.kita ye? Bertuahnya jika mempunyai kawan baik susah dan senang tempat mengadu. Kawan sanggup spend duit dan meluangkan masa mendengar luahan sahabat mereka kan? Putus cinta pun ada kawan nak dengar luahan walaupun dari jauh. siap spend kredit lagi. Masa untuk dengar. Telinga untuk medengar...bertuah sungguh..
CR bukan orang bertuah memiliki kawan baik sebegitu.Apa lagi sudi mendengar masalah kita dan mendengar cerita sedih kita..kan...xdak sapa sudi dengar cerita CR. Susah ke senang CR pendam je sendirian.
CR ni maybe sebab jenis cerewet. Memamg CR cerewet bukan paranoid. CR tau diri CR. memang CR memilih bab makan..tempat makan..susun atur barang (bukan semua) sebab CR ni keje.Penat.jika semuanya bersepah sana sini. Towel sepah2 kotor. Kan dah nak.kena cuci. Lap badan kita. Jadi xbersih dan habuk2 melekat. Badan jadi sensitif dan kulit jadi alergi.
Kalau minuman memang la kena celur dengan air panas jika dah lama.tak pakai bukan apa bimbang lipas dah masuk dalam kabinet dan terperap lama. Jadi kena bau dulu.Jika bau lipas kita bersihkan. Nanti sakit perut kan kita juga susah. Dahla perut CR ni sensitif jugak.Bila sakit kita dah menyusahkan banyak pihak. Biar kita cerewet asalkan kita nanti dah sakit xmenyusahkan orang lain.
Mummy CR dah memang ajar disiplin bukan untuk menyusahkan diri. Tapi memudahkan kerja. Mummy CR tu kalau sidai baju pun kena disiplin. Yang tebal terutama jeans kena balik2 kan supaya cepat kering. Kalau penyidai tu berlapis. Tshirt kena berada dihadapan sekali sebab tshirt tebal. Belakang sekali tu seluar. Baru rata keringnya.
Oleh kerana dah terbiasa dengan orang yang sangat cerewet jadi dah terbawa2.Selain menjimatkan masa mengemas dan menyusun. Supaya barang kita bersih (towel dan apa2) jika berjalan jauh kena letak semua berus gigi ubat gigi dalam plastik..Baju kotor xboleh sepah2. Kena letak dalam bakul supaya senang nak cuci. Kalau masa cuci kena rendam baju 10 minit supaya kotoran kembang.Letak softlan supaya pakaian lembut setelah kering. Baju pun hilang bau peluh dan kotor.
Disiplin ini kadang2 merimaskan orang lain. Kawan2 kita. Padahal mereka mempunyai peraturan yang berbeza dalam barangan mereka. Cuma mereka xsedar tetapi prihatin dengan orang lain punya 'cerewet' je.
Jika cerewet kita untuk kebaikan dan kemudahan kita tetapi merimaskan orang lain.Lebih baik kita fikirkan kebaikan. Kerana barang bersepah bukan mereka yang nak kutip dan kemas. Towel yang kotor dan badan pulak elergik kita jugak yang susah.Mereka mencebik je. Jauh sekali nak tolong.
Sahabat ni kebanyakan bila mereka ada masalah. Kita lah orang dicari dan bila kita memerlukan mereka ada saja alasan mereka yang melukakan ati kita. Susah betul nak cari susah senang bersama. Kita sahaja yang bersusah untuk mereka. Jika kita perlukan bantuan mereka jangankan menolong nak mendengar pun belum tentu sudi.
Jika anda ada sahabat yamg menghargai anda dan terima kekurangan anda seadanya. Hargailah..kerana orang yang benar ikhlas dan menghargai kita sukar dicari.
Daaa..
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa