Thursday, May 1, 2014

Selamat Hari Pekerja 2014

Assalam..

Selamat menyambut hari pekerja semuanya....bekerja selama setahun dan sehari ini kita dihargai sebagai pekerja xkira apa jua bentuk pekerjaan..waima sebagai suri rumah mereka juga sebagai pekerja yang kurang dihargai...

Bukan mudah menjadi suri rumah tau..perbelanjaan dapur merekalah orang yang banyak membantu berjimat..dari belanja dapur..bil2 rumah...perkhidmatan pembantu rumah..penjagaan anak...semuanya diuruskan dengan baik oleh suri rumah..sehingga adakalanya xsempat ke saloon..baju xmampu bertukar ganti...kelihatan selekeh...dan stress melampau disebabkan perbelanjaan yang ketat dari sang suami..bila minta lebih sedikit dimarahi..walhal adakalanya sianak minta siibu jadi perantara...kasian kan? Huhu....

Xmudah untuk menguruskan perbelanjaan rumah...bil2 yang semakin meningkat..anak2 membesar yang kuat makan..itu belum memastikan rumah bersih..tersusun indah dan harmoni...mencuba pelbagai resepi agar makanan yang dihidang tidak menjemukan..tabah betul..bayangkan jika seekor ikan bawal...kena fikir seribu macam resepi agar makanan yang dihdangkan menyelerakan. Sisuami yang bekerja pun adakala merasa makan mewah semasa kerja berbeza dengan siisteri berstatus suri rumah.

Stress mereka memikirkan resepi masakan harian...menyediakan susana rumah yang cantik dan harmoni..dobi dan laundry tersiap sedia bersusun. Penjimatan belanja dapur yang terhad. Selera anak dan suami yang berbeza2. Jadi tanda protesnya sudah pasti kita dibebel iya siibu aka siisteri akan meleteri anak jika terlampau degil..tidak berusaha sebaiknya dalam pelajaran..tidak mahu membantu meringakan beban tugas nya semakin bertambah setiap hari walaupun takda KPI huhu...

Ingat..tidak semua suami yang memahami..yang ringan membantu mendengar luahan hati siisteri a.k.a. suri rumah..Si anak mula jengkel berada dirumah kerana bosan dileteri..mula melepak..memprotes..belajar merokok..bergaul bebas dan ada yang sanggup buat tindakan drastik lari dari rumah..aduhai...tidakkah mereka tau setiap bebel itu hanya luahan hati kepenatan mereka dari celik mata..mengejutkan anak dan suami..menyediakan sarapan..sambil itu menyidai pakaian seharian yang telah siap dicuci..setelah anak ke sekolah sisuami pula bekerja..mereka tidak berehat bersenang lenang...pinggan mangkuk sarapan dicuci..baju kotor yang ada dicuci..kekotoran lantai dimop..mula memikirkan menu untuk memasak tengahari sebab jam 2 anak2 sudah pulang dari sekolah dan pasti lapar...makanan basah direndam untuk dilembutkan..

Jadi bersabarlah jika kamu dileteri..bantulah mereka sekiranya terdaya agar mereka juga mampu melepaskan lelah bertungkuslumus..memastikan semuanya mengikut jadual.ulabg sisuami petang hari disambut mesra..air minuman telah tersedia..cucur telah siap dimasak.agar sisuami dan anak2 tidak lapar sebelum makan malam terhidang..

Sementara sisuami dan anak mandi membersihkan diri..sisuri rumah masih belum berehat..mereka ke dapur mencuci pinggan mangkuk minum petang tadi..mula memasak nasi dan memanaskan lauk pauk untuk dhidangkan dimalam hari..setelah selesai barulah boleh membersihkan diri dan mengadap yang esa dengan berjemaah..usai bersolat cepat2 hidangkan makanan...perut anak2 mulai lapar..minta diisi..sisuami mula melempiaskan duduk dihadapan tv mendengar berita hari ini..sambil membelek surat khabar...

Habis semua menjamu selera mulalah sisuri mencuci pingan dan mangkuk..disediakan pula minuman panas dan biskut menemani malam yang kian dingin...sisuami penat mula ke bilik ingin melabuhkan tirai malamnya..anak2 dipinta tidur juga..dipastikan tidur dalam selesa..diberi susu panas agar lena..esok bangun dengan segarnya...semua pinggan dan mangkuk dicuci sempurna..dapur dilap agar bersih..baru boleh melabuh mimpi namun adakalanya bertugas sebagai isteri...kewajipan memberi nafkah agar tidak berdosa...hebatnya suri dari subuh shafie ke dinihari..kerja nya dibuat tanpa henti....bila awal pagi dialah paling awal bangun walaupun badannya masih penat..walaupun tidurnya belum puas..namun tugasnya sudah bermula...

Hargailah suri rumah....mereka adalah ibu dan isteri anda....bahagiakan mereka...semoga penghargaan kita akan beri mereka semangat untuk terus berkhidmat...doakan mereka agar sejahtera..bila mereka membebel...peluklah dengan mesra...kucup mereka dengan kasih dan sayang...bantu mereka meringankan beban..nescaya berjurai juga airmata tulus mereka...dan otomatik terhenti jua bebelan mereka..bantulah mereka mencuci pinggan dan mangkuk...bantulah mereka tidak bersepah2 pakaian kotor...rumah..bantulah mereka mengurut bahu dan kaki yang bertungkus lumus bekerja tanpa henti...bantulah mereka menjadi anak yang baik dan sholeh..jadilah suami yang setia...temani mereka didapur dengan senda tawa..kerna mereka juga manusia biasa..

Selamat hari pekerja semuanya..

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa