Tuesday, May 28, 2013

Trip To Kelantan Part Two (Day (One)

Assalam...

Jum...jum....cik Rini share lak untuk part seterusnya semasa berkursus di Kelantan. Sejurus selepas kami ke Rantau Panjang kami di bawa ke tempat penginapan. Oleh kerana penginapan asal fully book jadi kami di kira lucky sebab dapat merasa hotel apartment bertaraf 5 bintang di Kota Bharu ni.Memang mabeles cantik dan besar....Hotel Khalifa Suites (Hotel & Apartment) Kami terpaksa share 4 org untuk satu bilik.Memang besar dan cantik.Almaklum masih baru...

Oleh kerana kami sampai di tempat penginapan agak awal dalam jam 4 petang.So teman2 sebilik ajak p berjalan2 sekitar bandar kota Bharu. Jalan kaki mengambil masa 5 ke 10 minit untuk ke tengah bandar Kota Bharu. Kami round2 melihat keadaan sekeliling. Pegawai yang gaji ciput nasib dah dibekalkan sedikit peruntukan belanja RM200 seorang. Kalau x..abislah.. (hah...jangan salah faham..ni adalah duit saguhati kerana bahagian kami telah mencapai kutipan melebihi KPI yang ditetapkan) Setelah penat kena caci maki oke baru merasa....

Bandar Kota Bharu memang telah banyak berubah. Sebelom ni cik Rini tinggal setahun di KB memang jauh beza... Xbanyak mana pun...cuma semakin padat dan sempit...kalau dulu Pintu Pong tu jauh sikit je dengan Pasar Siti Khadijah. Sekarang beberapa tapak je dah sampai. Terimbau pula port beli barang untuk makan megi.nes.dan jajan zaman study dulu di Pasaraya Pantai Timur. Dulu jauhnye rasa kalau nak ke Maidin. Sekarang ni macam lain pulak. Sebelah bangunan je...Peliknye..huhu~

Perubahan ketara bangunan Pasar Besar Siti Khadijah tu tampak moden dan bertile...cewah...dulu kalau pasar je kat lantai bertar tu je memang serabut la....sekarang lebih tersusun...kami melawat2 sekitar bandar dan kebetulan hari tu ada pasar malam yang baru nak dibuka. Jadi sempatlah jenguk2. Kami singgah ke Pasaraya Pantai Timur untuk memborong kudapan. Kihkihkih...cam budak2 tapi semuanya taraf mak budak. Tingat pula zaman belajar dulu memula skali guna akaun bank GIRO Bsn tu la.Sempatlah posing... Hari pun dah menjengah senja. Kami amik keputusan untuk pulang ke penginapan berehat sebentar sebelum malam memulakan sesi kursus level 1 malam nanti. Be ready..makan kudapan dan mandi2 untuk bersiap ke kursus.

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa