Wednesday, May 1, 2013

Luka di Hati

Assalam,

Sejak2 ni hati hati cik Rini terlalu terluka dengan org tersayang...cik Rini dah banyak sangat bersabar dan makan hati.

Hanya kerana cik Rini tak dapat pergi seperti yang dirancangkan terus cik Rini dipinggirkan. Tu pun bukan sengaja. Mendaftarkan diri ke unit Sumber Manusia sangat berprotokol dan kena menjaga disiplin dan komitmen yang tinggi. Lagi2 diperhatikan unit tatatertib membuatkan cik Rini sangat terpukul dan tertekan. Sebagai staf yang baru mendaftar sistem masih error dan tidak boleh memohon cuti sembarangan. Lagi jika berdepan dengan Bos seluruh staf semalaya.Mau xkecut perut.

Tapi sebaliknya bukan pemahaman yang cik Rini dapat tapi cik Rini rasa tersingkir. Lama kelamaan semakin menjauh. Dia selalu aje mengaktifkan hp tp nak kol cik Rini jauh sekali. Baru je perkara kecik cik Rini dah dilayan macam sampah.Kalau cik Rini ini ntah apa jadi esok lusa.merempatlah jawabnye.

Tak apelah..bialah ape pun yang penting Allah swt maha mengetahui apa yang terbaik. Biarlah apa pun ketentuan. Sebab kita akan tau siapa kawan siapa lawan. Disaat kita jatuh siapa yang akan bersama kita. Mungkin hari ini hari kejatuhan cik Rini tapi bila cik Rini bangkit.Cik Rini yakin akan lebih kuat dari hari ini. Dan bila satu hari nanti bila dia keseorangan dia akan tau betapa bermaknanya hidup ini dengan menghargai org yang sentiasa jatuh bangun bersama dia.tetapi cik Rini yakin...saat itu sudah terlambat untuk segalanya......

Jom bergwiyomi....hahahaah~ (err...pe kena mengena ni?) Ofkos sebab cik Rini kawaii a.k.a. gwiyomi... so jangan nak jelessss... daaa..

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa