Monday, March 11, 2013

Will You Marry Me?

Assalam....

Pasti inilah ayat paling romantis yang ditunggu2 oleh wanita yang sedang bercinta..memang sukarnya mendengar ungkapan ini dari seorang lelaki yang benar2 bersedia menjadi seorang suami. Berikut adalah sedikit panduan dan tips bagaimana si lelaki mengetahui yang dia benar2 sedia menjadi suami dan bersedia melamar orang yang dicintainya....

Apabila si pria terasa ingin selalu dekat dengan pasangannya. Namun merasakan duit masih belum mencukupi. Percayalah...duit kalau difikirkan memang tak akan pernah terasa cukup...tetapi setiap perkahwinan ada rezeki masing2 tanpa kita sedar. Pernah kita dengar orang selalu ungkap "rezeki kawin" nah.....jadi jangan takut...in shaa Allah ada jalan keluarnya setiap masalah nanti.

Mulakan dulu perancangan meminang. Semasa meminang bincang bebetul tentang kemampuan anda..Minta pasangan anda (wanita) untuk memaklumkan kedudukan anda. Terutama dari segi aspek kewangan dan pekerjaan. Bila berbincang peringkat awal dengan ibu bapa si dia untuk dia maklum yang anda memang benar2 bersedia menyunting anaknya menjadi suri hidup anda. Bila dah dapat persetujuan bersama peringkat awal maklumkan susulan keluarga anda untuk datang mengesahkan seperti yang berbincang pada peringkat awal terutama soal hantaran dan mas kahwin. Pastikan sahih sebelum upacara peminangan. Ini bertujuan mengelakkan konflik mana2 pihak. Dan apabila keluarga pria datang berunding peringkat peminangan maka sekiranya ada perubahan maka disitu juga pastikan ia adalah persetujuan bersama dan tiada niat memaluka mana2 pihak semasa proses pertunangan (kalau ada). Jangan menerima sembarangan permintaan pihak perempuan samada ingin cepat atau lambat. Pastikan bila waktu sebenar penyerahan duit hantaran untuk mengelakkan hilang semasa majlis berlansung.

Mulakan dengan menghadiri kursus perkahwinan. Dan membeli kelengkapan pernikahan. Untuk pertunangan hantaran seeloknya berbentuk makanan. Fokus kewangan untuk pernikahan. Pertunangan yang ringkas dapat menjimatkan lebih banyak kos terutama untuk hantaran. Perkahwinan memang memerlukan kos yang tinggi. Lebih banyak jimat dan yang penting menarik. Elakkan pembaziran yang melampau. Ini merugikan semua pihak kerana tidak mahu dibelenggu bebanan hutang selepas kahwin. Ingat kehidupan selepas perkahwinan juga memerlukan kewangan.

Semoga semua dpat manfaat...Permudahkan urusan perkahwinan untuk menuju kebahagiaan....peace y'all

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa