Assalam.....
Jom kita share mengenai surah power ini...sebenonye mmg banyak kelebihan ayat ni...sebagai pengamal ayat2 ini kita kena tahu kelebihannya....dulu cik Rini tak ler penakot bebeno tapi sejak2 ade "gangguan tengah malam" tatkala baru nak lelapkan mata..jadi trauma pulak....macam benda tu nk pelok cik Rini...haktuih...hampeh sungguh...ngerinya cam nak kena rogol..nauzubillah...tu yang buat cik Rini trauma...rasa takut memang ngeri..secara tak lansung cik Rini dapat rasai macamana ngerinya dirogol tanpa rela...seram weiii....
Kekuatan dan kelebihan ini banyak dinyatakan blog2 cuma satu yang cik Rini ingat masa baca paper dahulu kita akan peroleh keselamatan dunia dan akhirat sekiranya kita membacanya sebanyak 7 kali sebelum tidur.....mudah2 an...amin...selamat beramal....
Terjemahana ayat;
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal
selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak
mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di
langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi
pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa
yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu
Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu
kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya)
meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada
Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha
Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-
Baqarah ayat 255)
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa