Tuesday, December 25, 2012

Tips Persediaan bajet Pra Perkahwinan


 1.  Senaraikan bajet yang ada (peruntukan perkahwinan) : Ramai dikalangan kita menyenaraikan keperluan dahulu baru sediakan bajet. Sewajarnya untuk berjimat kita dah siap peruntukan dahulu baru kita boleh membeli mengikut keperluan duit yang ada.
22.       Jangan habiskan semua peruntukan semata-mata untuk mendapatkan kemegahan dan kenangan seumur hidup. Ingat prinsip “yang terbaik tidak semestinya mahal dan yang mahal tidak semestinya terbaik.”
33.       Ramai antara kita semakin tergila-gilakan berbentuk DIY namun kadang-kadang kos DIY jauh lebih mahal dari yang ada dipasaran. Jadi berhati-hati dan buat pilihan bijak dan terbaik.
44.       Dapatkan gambaran khusus yang kita inginkan dalam perkahwinan. Ingat jika kita terikat dengan bajet yang ketat maka kita kena pilih salah satu yang terbaik. Contohnya : Pelamin, Fotografi, Hantaran, Mekap, Pakaian, Malam Berinai..semua aspek perlu diambil kira
55.       Kena membuat perancangan mengikut kemampuan bukannya nak yang terbaik J tiada siapa pun inginkan caca merba….setiap perkara mahukan terbaik tetapi kena sesuaikan juga kemamupuan kita.  Ramai yang memilih terbaik dan berhabisan….Ingat yang kaya berhabis kerana memanggil jemputan kenamaan VIP dan VVIP so pulangan tinggi dari segi bisnes..kalau takat kita ni orang biasa…yang menanggung hanya beban hutang…
66.       Perbincangan sentiasa dilakukan dengan pasangan asalkan bebanan tidak menjadi seumur hidup…kerana yang kita lalui selepas perkahwinan adalah lebih memerlukan wang berbanding semasa majlis perkahwinan.
77.       Senaraikan kos untuk membuat catering atau memasak sendiri. Kos yang termurah adalah yang terbaik. Jalan selamat juga penting..Jangan pilih catering yang mahal. Ingat bila kos meningkat beban bertambah jadi elok bersanding muka senyum dah bersanding muka kelat…

(p/S : next session bagaimana kita merancang kos sesebuah majlis sebelum pernikahan)

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa