Assalamualaikum,
Kali ini CL minta maaf masih belum sempat kemaskini blog dengan story balik Umrah. Dari kejadian hp hilang sehingga hp rosak semula menyebabkan mood kian hilang ditambah dengan kesihatan tak berapa ngam semenjak dua menjak ini.
Harap semua sahabat setia menanti ye. Almaklum sedikit kalut dengan rawatan dan tuptup ramadhan. Masuk nya Ramadan Al Mubarak ini lagi lah busy dan penat memanjang.
Apapun selamat menyambut 10 malam Ramadan terakhir ini. Semoga kita berjumpa malam yang lebih baik dari 1000 malam yakni malam Lailatul Qadr. Apapun maaf di pinta jika ada terkasar bahasa. Semoga kita peroleh keampunanNYA sempena terbuka langit ke tujuh ke pintu Syurga dan tertutupnya pintu Neraka ini. Berdoa sebanyak mungkin. Mana tau doa kita termakbul.
Apapun tiada persiapan istimewa sangat tahun ini. Simple saja. Baju raya macam biasa selalu last minit. Tiada yang berkenan di hati. Malam raya menangis² sebab baju raya yelek. Paksa pergi mall juga nak beli baju. Hihi..
Semoga amalan kita di terima. Aamin. Jika ada rezeki CL akan continue story Umrah Ziarah 2018 tu ye. Sabar tau. 😘
XoXo,
Cik Lee